Tuesday, October 11, 2011

Sultan Selangor Murka

Ada sesetengah orang melayu masih lagi tidak paham apa yang berlaku sebenarnya di selangor. Ada lagi melayu yang membela tindakan tindakan orang bukan melayu keatas orang melayu islam seperti isu gereja damansara.

Ada yang secara sengaja mengisukan perkara ini sehingga ianya menjadi isu politik dengan mengatakan UMNO disebalik tindakan JAIS. JAIS adalah bukan UMNO. Jais adalah badan kerajaan yang menjaga kesucian umat islam. Mereka tidak sedar bahawa isu Gereja Damansara bukanlah isu politik tetapi isu kesucian umat islam.

Sultan Selangor murka mengenaai isu ini dan mengatakan bahawa JAIS membuat perkara yang benar. Adakah Sultan Selangor berada dalam UMNO? Jawapannya adalah TIDAK!!. Sultan bebas dari pengaruh politik.


Harap semua pihak membuka mata mengenai perkara ini.



Sumber : http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1011&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kartun&pg=sk_01.htm

Akutfelda : Sedih memikirkan nasib orang melayu 

Thursday, September 29, 2011

Poh Kong & Wah Chan

Anda semua perasan tak kalau pergi ke kedai emas Poh Kong atau Wah Chan. Anda perasan tak bahawa hampir kebanyakkan pekerjanya adalah melayu? Atau mungkin anda perasan bahawa sesetengah kedai tu langsung takda pekerja melayu. Perasan ke tidak?

Dan anda perasan ke tidak bahawa ramai pelangannya adalah orang melayu !!. INI ADALAH BENAR!!!. Ramai pelanggan melayu walaupun mereka tahu bahawa Poh Kong dan Wah Chan tidak mengambil pekerja melayu. 
Biasanya syarikat orang cina akan memberi alasan pekerjanya semua orang cina kerana pelanggan kebanyakan orang cina. tetapi pelanggan Wah Chan dan Poh Kong ni banyak orang melayu. Bagai mana orang melayu sebegitu bodoh membeli di kedai orang cina yang sememangnya tidak mengambil orang melayu? 

Orang melayulah yang menkayakan mereka. Orang melayulah yang memajukan mereka. Mereka kaya dan membeli semua harta di malaysia di sebabkan oleh orang melayu. 
Orang melayu tidak membeli emas di kedai melayu. Kedai orang melayu bankrupt dan terpaksa tutup kedai. Melayu tidak maju. 

Akhirnya orang melayu salahkan kerajaan kerana orang melayu tidak maju dan orang cina maju padahal masalah asasnya adalah kebodohan orang melayu itu sendiri. 



 Akutfelda : Poh Kong & Wah Chan : LAMBANG KEBODOHAN ORANG MELAYU!!

Saturday, September 17, 2011

DAP akan tukar segalanya!!

DAP akan ubah segalanya sekiranya menang dalam pilihanraya akan datang. Sejarah malaysia, perlembagaan dan yang terbaru bendera malaysia!! Mungkin juga lagu kebangsaan akan di ubah sama. 

Kenyataan dari ahli parlimen kota alam shah mengatakan DAP akan menukar bendera malaysia kerana mengikutnya ianya adalah lebih amerika dari malaysia..
Dari sini Akutfelda nampak bertapa besar azam DAP  untuk mentadbir negara dan bertapa besar kebencian DAP kepada UMNO yang mana kita tahu UMNO adalah tulang belakang orang melayu di malaysia. 




Sumber : http://www.mole.my/content/manoharan-wants-jalur-gemilang-replaced

Akutfelda : Risau memikirkan nasib orang melayu di malaysia untuk masa akan datang.

Monday, September 5, 2011

Melayu juara membeli di TESCO

Mengikut kenyataan Pengarah Pemasaran Tesco Stores (M) Sdn. Bhd., Vivian Yap, majoriti pelanggan Tesco adalah Melayu dengan penguasaan 56 peratus, Cina 32 peratus, India 7.0 peratus dan bakinya kaum-kaum lain.

Ini adalah kenyataan yang dikeluarkan dalam utusan pada 5 Sept 2011.

Ini menunjukkan bahawa kejayaan dan keuntungan TESCO adalah bergantung harap dengan orang Melayu. Tetapi malang dalam banyak banyak jumlah barangan yang di jual dalam TESCO, berapa peratuskah barangan / produk orang melayu? Akutfelda boleh kira  dengan jari.... kurang dari 10% !!

Mengapa ini berlaku? Ini berlaku kerana TESCO di urus oleh orang bukan melayu dan melayu hanya diberikan kerja kerja yang hanya memerlukan tenaga contohnya angkat barang, casher, potong ikan dan sebagainya.

Tetapi bodohnya orang melayu tidak mengunakan kuasa membeli yang besar itu untuk memaksa TESCO menukar polisi dengan menambah banyakkan lagi produk melayu di TESCO.

Kalau produk melayu tidak dapat dijual, bagaimana syarikat melayu hendak berkembang? Sekiranya syarikat melayu tidak berkembang, bagaimana ekonomi orang melayu hendak berkembang? Syarikat melayu tidak akan maju dan kekal sebagai IKS selama lamanya... tiada peluang untuk berkembang dari IKS kepada Multinational Company....


Sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0905&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ekonomi&pg=ek_02.htm
 
Akutfelda : Melayu wajib bantu melayu walau dengan apa cara sekalipun.


Sunday, September 4, 2011

Mat Sabu & Kominis

Mat Sabu & Kominis


Akutfelda : Orang berfikiran sempit akan merosakkan negara

Saturday, August 27, 2011

Parti Komunis Malaysia adalah pejuang sebenar kemerdekaan?

Menurut Mat Sabu, PKM adalah wira sebenar kemerdekaan Malaysia. PKM lah yang berjuang mempertahankan Tanah Melayu. Dalam peristiwa Bukit Kepong, Komunis dan beberapa orang melayu yang menyerang Balai Polis lah sebenarnya WIRA yang sepatutnya dipertahankan dan Polis yang mempertahankan balai polis itulah penjenayahnya...Apa yang tertulis adalah sejarah UMNO dan bukan sejarah Malaysia...

Dan sekiranya dia memerintah, dia akan mencetak dan mengubah semua sejarah yang terlulis dan di tulis oleh UMNO....

Begitu besarnya azam Mat Sabu. Akutfelda berpendapat, orang orang seperti Mat Sabunilah yang akan menjual negara. Orang seperti Mat Sabulah yang akan menjual bangsa. Orang seperti Mat Sabulah akan menyebabkan negara tergadai. Mana kan tidak .. Dia akan mengubah sejarah.Dia akan membuat apa sahaja untuk mendapat sokongan orang cina sehinggakan mengangap PKM itu wira negara. 

Akutfelda dapat bayangkan apa akan terjadi dengan kepentingan melayu yang lain terutama MARA ( Majlis  Amanah Rakyat ), Felda, dll sekiranya orng sebegini memerintah negara...




Akutfelda : Sebu perut memikirkan masa depan melayu... 

Thursday, August 25, 2011

Lynas : Bukti kita tak matang berpolitik

Semalam Akutfelda melihat sendiri pengakuan dari Dr Che Rosli Che Mat,Ahli Parlimen PAS Hulu Langat, Selangor yang juga seorang saintis nuklear mengatakan Lynas tidak berbahaya. Ini kata dan pendapat dari ahli Sains yang pakar dan berkata dengan fakta fakta yang saintifik. Ianya juga di perkuatkan lagi oleh seorang lagi pakar iaitu Profesor Dr. Ahmad Termizi Ramli, seorang Pakar Keselamatan Radiologi & Kesihatan.

Akutfelda tertarik hendak menulis di sini kerana kenyataan ini di lakukan oleh ahli parlimen PAS sendiri walaupun sebelum ini banyak pakar pakar sudah menyatakan dan membuktikan Lynas tidak berbahaya. Jadi sekiranya ahli parlimen PAS sendiri menyatakan pendapat, maka ianya boleh membuka mata semua pihak terutama pihak pembangkang.
 
Ini juga salah satu contoh membuktikan rakyat malaysia tidak matang berpolitik. Orang Malaysia  akan cuba mempolitikan apa sahaja yang di buat oleh kerajaan dan sekiranya ianya di tambah dengan emosi tidak stabil, ianya akan menjadi parah seperti demonstrasi jalanlanan, kacaubilau, maki hamun, fitnah memfitnah dan lain lain....





Sumber : http://www.agendadaily.com/Muka-Hadapan/mana-pas-nak-letak-muka-bila-ahli-parlimen-pas-sendiri-mengaku-di-buletin-utama-tv3-malu-dengan-cara-pas.html

Akutfelda : Politik + imosi tak stabil = kacaubilau